Khamis, 20 Ogos 2015

Profil Syarikat - KC Jenggo Trading

KC Jenggo Trading dan Kelantan Jenggo Center adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001) dengan nombor pendaftaran KT0373930-K.


KC Jenggo Trading telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2015 dan telah menjalankan projek pembenihan serta memelihara udang galah bermula dari tarikh berkenaan.

Bidang utama syarikat ini ialah mengeluarkan hasil udang galah untuk pasaran negeri Kelantan dan sekitar selepas melihat kesukaran yang dihadapi oleh para peniaga untuk mendapatkan bekalan selain perlu keluar negeri seperti Perak dan Selangor untuk mendapatkan hasil.

Melihat pada situasi berkenaan, KC Jenggo Trading yang dimiliki oleh tiga anak muda yang berwawasan besar merasa terpanggil untuk menjadi antara syarikat pembekal yang mampu menampung keperluan pasaran.

Justeru itu, walau masih cetek dalam bidang ini tetapi dengan semangat serta tunjuk ajar dari pihak yang arif nyata banyak membantu KC Jenggo Trading untuk bersaing dalam pasaran seterusnya membina sebuah syarikat bumiputera yang berdaya maju dalam penghasilan dan penjualan udang galah.

Pengurus
Mohd Azri Bin Ibrahim [ 019 - 9729891 ]

Pengurus Operasi
Ahmad Fadhli Bin Muhamad Sukardi [ 012 - 9593608 ]

Pengurus Pemasaran 
Mohd Shamzuhairi Bin Omar [ 011 - 25520500 ]

0 ulasan:

Catat Ulasan